The Asian Parent – Sentiasa Berada Di Rumah! Ini Makanan Tambahan Yang Diperlukan Anak-Anak Untuk Kekal Sihat & Kuat.

Source: https://my.theasianparent.com/makanan-tambahan

Sentiasa Berada Di Rumah! Ini Makanan Tambahan Yang Diperlukan Anak-Anak Untuk Kekal Sihat & Kuat

Makanan tambahan kanak-kanak dengan pengambilan yang betul meningkatkan sistem imun badan,
mengekalkan kesihatan dan membantu perkembangan minda si manja.

Kerajaan telah mengisytiharkan perintah kawalan pergerakan yang dilanjutkan sehingga 28 April ini bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19. Perkara yang perlu ditekankan adalah sentiasa memastikan anak-anak kekal sihat dan kuat bagi mengharungi waktu sukar yang sedang melanda seluruh dunia.

Selain mengamalkan diet seimbang, langkah terbaik anda boleh lakukan adalah membekalkan anak-anak dengan sumber vitamin dan mineral yang optimum setiap hari melalui pengambilan makanan tambahan.

 

Apakah vitamin dan mineral yang diperlukan badan?

Bagi anak-anak yang sedang membesar, mereka memerlukan lebih perhatian dari aspek kesihatan dalaman dan luaran.

Ibu ayah perlu berusaha menyediakan diet yang baik agar anak memenuhi saranan pengambilan vitamin dan mineral yang disyorkan setiap hari. Ia termasuklah susu atau produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan protein seperti ayam, ikan, telur dan kekacang.

Nutrisi yang terkandung di dalamnya sangat penting untuk sistem imuniti anak-anak, perkembangan otak dan fizikal bagi membolehkan mereka membesar menjadi seorang anak yang hebat.

Antara vitamin yang diperlukan oleh badan ialah:

Makanan tambahan yang terbaik mampu mengekalkan kekuatan fizikal dan mental anak-anak

#1. Vitamin A

la kaya dengan antioksidan yang membantu menguatkan daya tahan imunisasi badan anak-anak, memperbaiki masalah penglihatan dan menyokong perkembangan tulang
Vitamin A boleh diperoleh dari daging, hati, produk tenusu, telur, buah-buahan serta sayuran hijau.

#2. Vitamin B

Vitamin B boleh mengimbangi tahap metabolisma, menguatkan otot dan minda yang lebih tajam serta lebih peka. Ia juga membekalkan tenaga untuk menyokong tumbesaran kanak-kanak.
Ibu ayah perlu kerap memberikan anak-anak makan telur, biji bunga matahari, ikan salmon, ayam, daging lembu, susu, kerang, kekacang dan sayuran hijau.

#3. Vitamin C

Vitamin C adalah jenis vitamin larut dalam air dan dikenali sebagai vitamin yang kuat dalam memerangi demam dan selesema.
Kandungan antioksidan yang banyak dalam vitamin C meningkatkan daya ketahanan tubuh anak-anak untuk melawan penyakit dan memelihara kesihatan tisu tubuh dan otot seperti gusi, tulang serta salur darah.

#4. Kalsium

Kalsium adalah sumber mineral penting yang diperlukan kanak-kanak untuk menyokong pembentukan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.
Sumber kalsium: susu, yogurt, tofu (tauhu), minuman soya dan sebagainya.

#5. Vitamin D

Vitamin D amat penting untuk menguatkan struktur tulang dan kekuatan gigi kanak- kanak. la juga diperlukan untuk penyerapan kalsium dan fosforus.
Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan penyakit riket iaitu pemineralan tulang yang lemah. Antara kesannya adalah seperti kaki bengkok, berjalan dengan lambat atau pergelangan tangan dan buku lali bengkak.
la boleh didapati dalam ikan salmon, tuna, susu, bijirin, telur, cendawan dan minyak
ikan kod.

#6. Omega-3

Bayi dan kanak-kanak amat memerlukan DHA dan EPA yang ada dalam asid lemak Omega-3 bagi menyokong kesihatan perkembangan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi penglihatan.
Kajian juga menunjukkan pengambilan DHA oleh ibu mengandung berupaya membantu anak lebih bijak seawal usia sebelum 4 tahun.

#7. Vitamin E

la menguatkan sistem imun badan serta membantu mengekalkan saluran darah yang lancar. Vitamin E boleh didapati daripada sayur-sayuran seperti brokoli, sawi, bayam dan kacang tauge. Manakala, buah-buahan pula ialah buah mangga, avokado dan
tomato.

#8. Zat Besi (Iron)

Zat besi amat penting untuk menyokong pembentukan tisu otot dan perkembangan otak kanak-kanak. Ia juga penting untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan mengelakkan anemia atau kekurangan darah.
la boleh didapati dalam daging merah, kuning telur, kekacang, bayam, tiram, nasi putih, brokoli dan kentang panggang.

#9. Serat

Walaupun kanak-kanak lebih kecil daripada orang dewasa, badan mereka juga memerlukan serat untuk memastikan sistem pencernaan yang sihat.
Makanan yang kaya dengan serat adalah buah-buahan tempatan seperti avocado, betik, nenas, mangga, jambu batu dan sayuran hijau seperti tomato serta timun.
Ibu ayah juga boleh berikan anak-anak dengan roti gandum, kacang almond, oatmeal
atau kacang putih.

Tips: Cara memilih vitamin yang terbaik

Amalan pertanian moden pada masa kini lebih memberikan tumpuan terhadap hasil dan rasa, tanpa mengambil berat terhadap nutrisi pemakanan.

Oleh itu, jalan alternatif bagi ibu ayah yang sibuk adalah dengan menyediakan supplemen makanan agar anak-anak memenuhi saranan pengambilan vitamin dan mineral yang disyorkan setiap hari.

Nature’s Way Kids A+ Black Elderberry dan Vitamin C + Zinc dirumus khas untuk meningkatkan daya ketahanan imun tubuh anak-anak.

Ibu ayah yang membekalkan vitamin setiap hari mampu menjauhkan anak-anak daripada
serangan pelbagai penyak

Berikut ini adalah dua alasan mengapa anda patut memilih Nature’s Way Kids A+
Black Elderberry dan Vitamin C + Zinc ini:

• Bebas penyakit

Pertamanya, kandungan yang tersedia dalam sebotol Nature’s Way Kids A+ Black Elderberry dan Vitamin C + Zinc berupaya mengelakkan batuk, selsema dan memberikan perlindungan serangan pelbagai penyakit,

• Meningkatkan selera

Setiap ibu ayah pasti berdepan kesukaran untuk menyuap anak-anak ketika waktu
makan. Lebih-lebih lagi apabila mereka seorang yang memilih. Dengan Nature’s Way Kids A+ Black Elderberry dan Vitamin C + Zinc, anda tidak perlu bimbang kerana anak- anak pasti menyukainya dan menjadi lebih berselera untuk makan.

• Memiliki rasa yang sedap

Supplemen mesra kanak-kanak ini dicipta bukan sahaja padat dengan pelbagai nutrisi, tetapi ia memiliki rasa yang lazat dan menyeronokkan.

Nature’s Way Kids A+ Black Elderberry dan Vitamin C + Zinc turut melindungi supaya
si manja anda dapat meneroka dunia dengan lebih baik.

Kajian mendapati bekalan nutrisi optimum yang diperoleh mampu membawa
kejayaan pendidikan pada masa hadapan.

• Cabaran kehidupan moden

Kanak-kanak terdedah dengan gaya hidup moden akan memiliki jadual seharian yang sibuk dengan aktiviti sekolah, kelas tambahan serta maklumat berlebihan di skrin. Pastinya mereka amat memerlukan makanan yang kaya nutrisi agar dapat kekal aktif mengharungi pelbagai cabaran.

• Penyelesaian mudah bagi ibu ayah

Bagi anda yang kesuntukan masa bersama keluarga, pastinya akan dihimpit sedikit
tekanan dalam memberikan perkara terbaik buat anak-anak agar mereka menjadi seorang yang berjaya.

Dalam hal ini, Nature’s Way Kids A+ Black Elderberry dan Vitamin C + Zinc mampu mengembangkan kekuatan daya fikiran serta mengekalkan kesihatan tubuh agar anak-anak membesar sebagai insan yang hebat.

Bagi sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus melayari laman web rasmi https://www.mynaturesway.com.my. Untuk pembelian boleh dapatkannya di Lazada
iaitu https://www.lazada.com.my/shop/health365-official-store

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Social media & sharing icons powered by UltimatelySocial